Rabu, 18 Jun 2014

XPDC Gunung Tok Wan, Semenyih 26 April 2014

Assalamualaikum w.b.t

XPDC ini mulanya dirancang sehari sebelum tarikh pendakian. Pada mulanya tidak ada sedikit pun perancangan untuk mendaki Gunung Tok Wan. Oleh kerana kaki menggeletar untuk menjejak hutan dan mencari ketenangan serta menghindari kesibukan bandaraya, maka kami mencari idea untuk mengisi masa lapang hujung minggu kami.

9.15 pagi
Berkumpul di kaki Bukit Broga. Pendaki terdiri daripada ahli group ini sendiri seramai 4 orang. Mempersiapkan diri, memeriksa bekalan makanan dan minuman agar mencukupi dan tidak tertinggal. 


9.30 pagi
Aktiviti mendaki bermula melalui Bukit Broga. Sepanjang perjalanan ramai pelbagai ragam manusia kami temui. Biasala pada hari Sabtu dan Ahad ramai orang mendaki Bukit Broga, boleh katakan dari semua lapisan masyarakat. Bermula dari kanak kanak sampailah orang yang dah berumur. 

10.00 pagi
Sampai check point pertama Bukit Broga. Ramai orang berhenti untuk melihat permandangan sekitar Broga dan Semenyih. 


Permandangan dari Bukit Broga
Indahnya ciptaan Tuhan

10.15 pagi
Kami sampai di Puncak Bukit Broga. 


Puncak Bukit Broga (400 meter)

10.30 pagi
Kami teruskan perjalanan kami pe Puncak Gunung Tok Wan. 

12.00 Tengah Hari
Lebih kurang 1 jam 30 minit perjalanan kami sampai ke Camp Site Gunung Tok Wan. Kepada sesiapa yang mahu bermalam di kem ini, dinasihatkan membawa bekalan air sendiri kerana bekalan air terlalu jauh dari kem (250 meter).


Camp Site Gunung Tok Wan
Perjalanan Ke Gunung Tok Wan masih jauh
12.20 Tengah Hari
Lebih kurang 20 minit perjalanan dari Camp Site, kami singgah sebentar untuk mendapatkan bekalan air dari punca air mata air.


Satu satunya puncak bekalan air yang terdapat di Gunung Tok Wan

12.30 Tengah Hari
Kami meneruskan perjalanan kami ke Puncak Gunung Tok Wan. Dalam perjalan kami terserempak dengan satu group dari Kuala Lumpur yang terdiri dari 6 orang (2 lelaki, 4 perempuan). 

1.45 Petang
Setelah penat lelah kami berjalan dan mendaki, akhirnya kami sampai ke Puncak Gunung Tok Wan. Ketinggian Gunung Tok Wan adalah 675 meter dari aras laut. Walaupun rendah dari Gunung Datuk, tapi perjalanan dan laluan berbukit bukau menyebabkan mengambil masa yang lama untuk sampai ke puncak.

Puncak Gunung Tok Wan (675 meter)


Puncak Gunung Tok Wan
Chef Chef yang tidak bertauliah. Sendiri sendiri masak 
Telatah ahli ahli Inde bila sampai di Puncak Gunung Tok Wan
Lapar dan dahaga yang tidak dapat dibendung lagi
Bergambar kenangan di Puncak Gunung Tok Wan
2.30 Petang
Terdapat satu group dari Senawang Negeri Sembilan yang baru sampai ke Puncak Gunung Tok Wan. Terdiri dari 2 orang iaitu Nas dan Syafiq.

Budak budak dari Senawang Nas & Syafiq

3.00 Petang
Kami bergerak turun dari Puncak Gunung Tok Wan. Hari semakin mendung menandakan hujan mahu turun. Dalam perjalanan turun, hujan turun dengan lebatnya beserta guruh dan kilat. Laluan menjadi becak dan berair. Nasib baik kami telah menyediakan payung sebelum hujan. Hahaha.. Betul kata pepatah. Dalam perjalanan turun kami terserempak dengan pendaki tegar yang hanya seorang diri mendaki ke Puncak Gunung Tok Wan. Respect lah pakcik walaupun sudah berumur tapi stamina masih kuat.

5.00 Petang
Alhamdulillah akhirnya kami sampai ke kaki Bukit Broga dengan selamatnya.

5.30 Petang
Semua ahli group bersurai dan pulang ke rumah masing - masing

Itulah serba sedikit catatan perjalanan kami menawan Puncak Gunung Tok Wan
Harap berjumpa lagi dalam aktiviti - aktiviti seterusnya.

Sekian terima kasih











Latar Belakang Group Independent Team Hiking

Assalamualaikum w.b.t....

Group ini ditubuhkan pada pertengahan bulan April 2014. Dicetuskan oleh idea saya sendiri dan kawan - kawan pendaki tegar group Inde. Tujuan kami tubuh group ini adalah untuk merealisasikan impian kami untuk mencari ketenangan terhadap alam ciptaan tuhan. Bersujud kepadanya terhadap kebesarannya. Group ini pada awalnya terdiri dari empat orang sahaja yang diketuai Jimi Saito memerangkap sebagai Ketua Group, Ramli (blogger), Yus (bendahari) dan Zizi (pengikut tegar)





Jimi Saito (Kapten)








Ramli (Blogger) 









Yus (Bendahari/Tukang Masak)










     Zizi (Pengikut Tegar)





Itulah serba sedikit mengenai latar belakang kumpulan ini. Kami mengalu alukan ahli baru yang berminat untuk menyertakan group kami.